Contest

COMEL BLOGGER CONTEST With SisHawa.Com

November 14, 2017

Assalamualaikum..

Ish dah lama KakNoor tak celoteh kat blog ni. Maaf la ya, busy sangat-sangat dengan tempahan yang makin bertambah. Ada yang nak sambut birthday, ada yang nak bertunang, berkahwin, konvo dan ada juga yang nak sambut baby born baru.

Walaupun penat tapi KakNoor puashati sangat-sangat atas rezeki yang Allah SWT beri ni. Tak sangka setahap ini rezeki yang di berikan. Kalau nak ikut kisah Kak Noor dengan bisnes sulaman bolehlah add KakNoor di FB ye.


Inilah sebahagian daripada tempahan yang Kak Noor siapkan bersama team #sulamancomeldotcom. Ada berbagai rupa sulaman dengan berbagai warna tuala mengikut kehendak para pelanggan.



Yang terbaru Kak Noor ingat nak start BABY SLEEPING BAG pula. Tapi ini masih di tahap cuba-cuba lagi tau!! Kak Noor belum mampu lagi nak amik tempahan untuk Baby Sleeping Bag ni secara terbuka. Sekarang masih lagi di tahap mencari masa dan pekerja yang layak dan bersesuaian untuk projek baby sleeping bag ni. InshaaALLAH bila semua dah sempurna dengan masa dan tenaga pekerja yang sepatutnya... Kak Noor akan mula buka untuk terima tempahan dari semua ya.

- COMING SOON -
Apapun Kak Noor sangat-sangat bersyukur dan di sebabkan itulah Kak Noor nak sangat beri hadiah untuk LIMA ORANG PEMENANG yang bertuah di kalangan para blogger. Ini bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran KakNoor pada 26 November ini.

Seperti biasa, Kak Noor minta bantuan daripada blogger Sis Hawa sebabnya KakNoor memang dah serasi sangat dengan beliau sejak dia mula makeover blog untuk Kak Noor dulu. Di kesempatan ni Kak Noor nak doakan juga moga Awa dapat bersalin dengan selamat dan lancar. Tak sabar pula rasanya nak lihat rupa baby baru Awa nanti :D

Okaylah, Kak Noor tak nak membebel panjang lebar lagi.. jemput-jemputlah sertai COMEL BLOGGER CONTEST ni ya. Kak Noor dah tak sabar nak siapkan hadiah untuk para pemenang ni. Selamat berjaya pada awak awak semua.

Byee....