Contest

COMEL BLOGGER CONTEST With SisHawa.Com

November 14, 2017

Assalamualaikum..

Ish dah lama KakNoor tak celoteh kat blog ni. Maaf la ya, busy sangat-sangat dengan tempahan yang makin bertambah. Ada yang nak sambut birthday, ada yang nak bertunang, berkahwin, konvo dan ada juga yang nak sambut baby born baru.

Walaupun penat tapi KakNoor puashati sangat-sangat atas rezeki yang Allah SWT beri ni. Tak sangka setahap ini rezeki yang di berikan. Kalau nak ikut kisah Kak Noor dengan bisnes sulaman bolehlah add KakNoor di FB ye.


Inilah sebahagian daripada tempahan yang Kak Noor siapkan bersama team #sulamancomeldotcom. Ada berbagai rupa sulaman dengan berbagai warna tuala mengikut kehendak para pelanggan.



Yang terbaru Kak Noor ingat nak start BABY SLEEPING BAG pula. Tapi ini masih di tahap cuba-cuba lagi tau!! Kak Noor belum mampu lagi nak amik tempahan untuk Baby Sleeping Bag ni secara terbuka. Sekarang masih lagi di tahap mencari masa dan pekerja yang layak dan bersesuaian untuk projek baby sleeping bag ni. InshaaALLAH bila semua dah sempurna dengan masa dan tenaga pekerja yang sepatutnya... Kak Noor akan mula buka untuk terima tempahan dari semua ya.

- COMING SOON -
Apapun Kak Noor sangat-sangat bersyukur dan di sebabkan itulah Kak Noor nak sangat beri hadiah untuk LIMA ORANG PEMENANG yang bertuah di kalangan para blogger. Ini bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran KakNoor pada 26 November ini.

Seperti biasa, Kak Noor minta bantuan daripada blogger Sis Hawa sebabnya KakNoor memang dah serasi sangat dengan beliau sejak dia mula makeover blog untuk Kak Noor dulu. Di kesempatan ni Kak Noor nak doakan juga moga Awa dapat bersalin dengan selamat dan lancar. Tak sabar pula rasanya nak lihat rupa baby baru Awa nanti :D

Okaylah, Kak Noor tak nak membebel panjang lebar lagi.. jemput-jemputlah sertai COMEL BLOGGER CONTEST ni ya. Kak Noor dah tak sabar nak siapkan hadiah untuk para pemenang ni. Selamat berjaya pada awak awak semua.

Byee....

FLASH SALE ! TERHAD 100PCS TUALA SAHAJA !!

September 20, 2017

FLASH SALE ! TERHAD 100PCS TUALA SAHAJA !!

Bismillahhirrahmannirrahhim,
Haaii semua sempena awal muharam nie kaknoor adakan FLASH SALE! untukk Sulaman Tuala Pakej B..
.
.
Promosiii bermula seawal pukul 8 pagi 21 Sept 2017 sehingga 8pagi 23 Sept 2017, 48 jam jer uuuaaall..korang kena cepatt tau sebabb cukup 100 unit kaknoor closed orderr yer !!! seorang bolehh wat tempahan 3pcs jer tawww !
(kasi peluang la orang lain na beli jugakk! ) hihihihi..
.
.
.
Pakej B tu ape kaknoor???
ok, kaknoor storry cikit kat korang pasal pakej B nie adalah Sulaman nama + icon comel(rujuk gambar) + tuala,
harrgaaa biasa RMM30.00 tapi sempena FLASH SALE nie hanyaaa serendah RM19.90 per pcs, amboiii murahh beno....
album gambar pakej B lik link niee >>>>http://bit.ly/2hMb7Pe
.
Ape lagi jomm la grab sehelai dua untuk simanje tersayang, untuuk anakk buahhh, anakk jiran dan sape2 lagi la yangg ada kena mengena ! kahkahkah..
time nie la nakk bagi hadiah kat orang...murahh sangatt nie !!
.
.
Berminat la kaknoor, macam mana naakkk wat tempahan ni??
Komenn 'SayaSuka'
@ Sila klik link nie terus ke wassap Kaknoor taw! >>>>>
www.wasap.my/60124781909/tualaFS
SHARE & TAGkawann2 nyer!

Nota Harian

Yeah Dari Blogspot ke .com !

September 15, 2017


Alhamdulllillah syukurnye rasa walaupun hanya tukar dari blogspot ke sulamancomel.com jer pun kaknoor tetap syukur sebab ini antara wishlist yang kaknoor nak buat pada 2017 !

Jutaan TQ kat sahabat maya kaknoor sis awa sbb merealisasikan(amboi ayat macam tak boleh bla)kahkahkah, impian nie! Seronok taw dapat kenal dengan sis awa ini , kalau bab memudahkan urusan orang dia la orgnya.syukur ALLAH temukn dengan orang yang baik2.Anugerah jugak tu !

Sis Awa bukan jer  tolong designkan blog untuk kaknoor ni malah dialah yang tolong ajar kaknoor cara-cara untuk perkenalkan blog kaknoor ni pada umum. Dia juga yang selalu bagi tips itu ini apa perlu kaknoor buat untuk majukan lagi nama bisnes kaknoor melalui blog.

Kaknoor ni manalah pandai bab blog sebelum ni. Kalau suruh kaknoor wat sulaman bolehlah. Kaknoor tak tahu langsung bila orang cakap bab SEO, bab trafik, bab apa sajalah tentang blog ni. Sungguh kaknoor belum pandai lagi.

Tapi kan lepas kaknoor follow apa yang sis awa sarankan, kaknoor jadi makin happy dengan blog ni. Makin kaknoor happy bila nama SULAMAN COMEL KAK NOOR muncul di carian Google.




Bukan KakNoor nak riak ye tapi syukur alhamdulillah pesanan yang di terima tak pernah putus-putus sampaikan sekarang ni KakNoor tak cukup kaki dan tangan. Baru KakNoor tahu betapa hebatnya kuasa marketing dalam dunia internet ni.

Pada yang sedang berniaga online macam KakNoor ni, nasihat KakNoor ada baiknya korang buat sebuah blog macam KakNoor. Kalau tak tahu cara nak cantikkan blog , korang contact Sis Awa sebabnya dia memang aktif terima tempahan untuk makeover blog orang. Hasil kerja dia pun ramai yang puji

Pada yeng berminat untuk berkerja dengan KakNoor handle hal-hal sulaman bolehlah contact KakNoor dengan segera ya. Seriously KakNoor betul-betul perlukan pekerja sekarang ni.

Lepas ini kaknoor nak lebih fokus kat blog dan page FB jer! Korang tolong Doakan kaknoor terus success yer dunia dan akhirat.Aamin !

KEPUTUSAN CONTEST MERDEKA ! TAHNIAH PADA PEMENANG !

September 06, 2017


Assalamualaikum semua... 

1st of all kaknoor nak ucapkan thanks yang teramat sangat coz sudi menerima kaknoor sebagai salah sorang blogger di antara kalian. Honestly, terharu sngat kat hati ni bila contest pertama yang kaknoor anjurkan ni mendapat sambutan yg tersangatlah hot!

Suprise plak kak noor tau bila lihat sambutan begini. Makin happy bila misi utama kaknoor untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang lain hampir menjadi terlaksana. Syok plak tengok jumlah followers meningkat. Harap-harap lepas ni akan meningkat lagi lah.. bukannya apa, makin ramai yang follow blog ni bermakna makin excitedlah kaknoor untuk anjurkan lebih banyak lagi contest di depan hari. Soal hadiah dont worry, kaknoor memang nak sangat kasi produk-produk keluaran comel kaknoor ni dari masa ke semasa dengan hati yang cukup ikhlas.. :D

Sebelum tu, kaknoor minta maaf sangat-sangat sebab terlambat beberapa hari untuk umumkan pemenang ni. Yelah, kita semua kan baru lepas cuti raya dan merdeka baru-baru ni. Lagipun sekarang ni kaknoor tengah tak cukup kakitangan tau! 

Lepas je kaknoor terbitkan blog ni dengan bantuan blogger Sis Hawa (dialah orangnya yang design blog ni, dia juga yang beri tips cara nak naikkan blog ni dan dia juga yang bantu kaknoor anjurkan contest ni), tempahan yang datang tak pernah lagi putus-putus sampai ke hari ini. Bukannya kaknoor cerita sebab nak cakap besar tapi memang betul lah bila Sis Hawa cakap yang beriklan pakai blog ni amatlah bagus sekali. 

Di sebabkan tu, kaknoor sekarang ni tengah mulakan misi untuk dapatkan seorang pekerja baru buat bantu kaknoor handle semua tempahan yang banyak ni. Ada ke yang berminat untuk berkerja dalam bidang sulaman ni dengan kaknoor ye? Kalau ada boleh hubungi kaknoor, lagi cepat lagi bagus.... 

ADA KE SESIAPA YANG BERMINAT NAK KERJA DENGAN KAKNOOR ??

Dah banyak pula kaknoor berceloteh kan? Ala sekali sekala apa salahnya, tak gitu kawan-kawan? Lepas ni InshaaAllah kaknoor akan cuba luangkan masa untuk berceloteh selalu kat sini sambil-sambil beri promosi dan hadiah yang lebih best lagi! Make sure follow blog dan FB kaknoor kalau tak nak terlepas peluang.

Okaylah jom kita tengok siapakah pemenang yang telah berjaya di dalam contest ini....




Klik >> SINI << untuk lihat senarai peserta.... dan jika andalah orangnya di antara tiga pemenang yang di cari, segera hubungi kaknoor melalui whatsapp di 0124781909 untuk menuntut hadiah-hadiah terbabit ye... 

Pada yang tak berjaya tu, jangan sedih-sedih okay... Macam yang kaknoor dah cakap dari tadi, akan ada lebih banyak lagi contest lepas ni yang akan kaknoor anjurkan dari masa ke semasa... korang tunggu jer..

TERIMA KASIH SEMUA.... SALAM SAYANG... KAKNOOR!!

Nota Harian

Penyertaan Sulaman Comel Merdeka Contest Sangat Awesome!!

August 09, 2017

Penyertaan yang di terima sudah melebihi 30 orang
Terharu sangat Kak Noor rasa. Ye lah Kak Noor ni kan blogger baru. Nak handle blog pun masih terkedek-kedek lagi kata orang tapi,... tengoklah support yang anda berikan kat Kak Noor. 

Walau ini baru contest pertama tapi penyertaan yang di terima sangat-sangatlah memberangsangkan. Tak terfikir pun sebenarnya yang contest akan menjadi semeriah ini. Kalau beginilah caraanya, tak mustahil boleh mencapai lebih daripada 50 penyertaan.

Jangan risau, pemilihan pemenang adalah melalui cabutan. Jadi walau ada 100 penyertaan sekalipun jika Allah sudah tentukan hadiah tersebut milik anda... maka andalah yang akan menang. Adil dan saksama.. 

Yang pasti, jika sehebat ini layanan anda pada blog Kak Noor... tak mustahil Kak Noor akan adakan lagi contest dari masa ke semasa khas untuk para blogger. Soal hadiah, of course la yang comel comel.. Kalau tak comel bukan SULAMAN COMEL KAK NOOR la namanya.. :D

Sekali lagi Kak Noor ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi turut serta. Jom jom ajak lebih ramai kengkawan lain lagi.. Makin meriah contest ni makin berkobar-kobar semangat Kak Noor untuk terus anjurkan contest di masa-masa yang akan datang.

Salam sayang, salam penuh kecomelan... dari Kak Noor.

Assalamualaikum... take care!

Contest

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

July 31, 2017

https://sulamancomelkaknoor.blogspot.my/2017/07/sulaman-comel-merdeka-contest.html

Assalamualaikum semua.
Hari ni Kak Noor dengan berbesar hatinya nak anjurkan sebuah contest khas untuk para blogger. Contest ni bersempena dengan bulan kemerdekaan negara kita (Ogos) dan sebagai tanda perkenalan dari Kak Noor sendiri sebagai salah seorang blogger baru.

Contest ni Kak Noor adakan hasil kerjasama dengan seorang blogger iaitu Sis Hawa. Contest ni akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 01 OGOS - 31 OGOS 2017.

Hadiah yang bakal di berikan adalah Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 ORANG BLOGGER yang bertuah! Set Pakej Family ni best tau sebabnya terdapat 3 helai tuala.
  • 1 helai tuala Mommy
  • 1 helai tuala Daddy
  • 1 helai tuala Si Comel
Soal design don't worry, boleh tengok kat >> [ SINI ] 

 SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI

1- Buat satu entry bertajuk "SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST"

2- Copy banner di atas dan backlink kan semula ke sini.

3- Follow blog Sulaman Comel Kak Noor dan Sis Hawa

4- Like pages Chubby Baby Best

5- Follow IG @sulamancomel [jika ada akaun Instagram]

6- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen

Itu je syarat-syaratnya. Mudah je kan? Para pemenang akan di pilih oleh KakNoor sendiri menggunakan kaedah cabutan nombor di kertas. Adil gitu... suspen pun ye jugak. :D

Pengumuman pemenang akan di buat pada : 01 SEPT 2017

_____________________________________________
SENARAI PESERTA  (jom blogwalking)
1. https://maszull.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
2. http://yummycoklet.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
3. http://missobsesi.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
4. https://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
5. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
6. http://www.ajuyarashid.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
7. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
8. http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
9. http://queensyanis.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
10. http://www.mizatalib.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
11. https://rim-yeanna.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
12. http://www.zukidin.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
13.https://belogsjm.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest-31ogos2017.html
14. https://jombercontest.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
15. http://presntisgift.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
16. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
17. http://www.pokcikblogger.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
18. http://www.kasihjuju.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
19. http://www.leaazleeya.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
20. http://www.kisahsidairy.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
21. http://www.azirahman.com/2017/08/httpssulamancomelkaknoor.html
22. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
23. http://akhalilah.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
24. http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
25. http://www.mohdnoorshawals.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
26. http://www.mariafirdz.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
27. http://www.aimisyahirah.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
28. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
29. http://milzah89.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
30. https://umifuzy.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest-oleh-kak.html
31. http://www.syuhadasalleh.com/2017/08/08/sulaman-comel-merdeka-contest/
32. https://galaksiviral.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
33. http://www.ceriteraibu.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
34. http://ape-kinah.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
35. http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
36. http://purplestarz89.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
37. http://themaiman.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest-3108.html
38. http://aztieyshana.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
39. http://puankuci.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
40. https://poppao.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
41. http://mama-syafi.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
42. http://www.mialiana.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
43. https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
44. http://jnjikita.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
45. http://thezafirahnazri.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
46. http://herneenazir.com/2017/08/10/sulaman-comel-merdeka-contest/
47. https://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
48. http://letsliveourlive.blogspot.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
49. http://www.linliena.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
50. https://mamadasuki.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
51. https://messarah.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
52. http://penselduabee.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
53.https://rodiahamir.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
54. http://www.mohdnoorshawals.com/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest_22.html
55.http://salatulzarida.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
56.http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html
57.https://salatulzarida.blogspot.my/2017/08/sulaman-comel-merdeka-contest.html

Resepi

NUGGET HOMEMADE

July 31, 2017

 Kak Noor percaya ramai yang cukup suka makan nugget kan? Tambah-tambah kalau anak-anak kita kat rumah tu. Rasanya kalau di beri pilihan antara nasi dan nugget, Kak Noor rasa diaorang gerenti akan pilih nugget. Hmm.. apa boleh buat!

Tapi, seandainya nugget tu di buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang kita sendiri sure dan yakin, Kak Noor rasa tak akan ada lagi masalah ni.
Jadi, hari ni Kak Noor nak share bahan dan cara untuk buat nugget ni sendiri kat rumah. 

Foto Nooriha Hazemi.
Menyelerakn x???? Hihihi...yg penting sihat tuk anak...

 Ini adalah senarai bahan-bahannya. Simple je kan.
Foto Nooriha Hazemi.

Cara nak membuatnya pun tersangatlah mudah. 
Foto Nooriha Hazemi.
sekalikan semua bhan..sukatan agak2 la ya...kalau ada food prosessor lagi mudah kerja..kalau tak ada gunakan la apa jer yang ada kat umah tuu...blander pun boleh...janji kena letak air sedikit jer...pastu tambah tepung sikit...
Foto Nooriha Hazemi.
Apabila semuanya dah siap di blander.....bentukkan lmengikut bentuk kesukaan. Kak Noor buat bentuk Love... ini time rajinlah, kalau time malas buat bentuk bulat-bulat je..hehe.. pastu gaulkan dengan serbuk roti....
Foto Nooriha Hazemi.
Apa lagi, jom kita goreng! Pastu boleh makan ramai-ramai dengan family. Lagi sedap makan masa panas-panas cicah dengan sos dan mayonis. Perghh... best!
Yang paling penting, halal, bersih, berkhasiat dan jimat belanja. :D
- SELAMAT MENCUBA -

Resepi

DORAYAKI DORAEMON

July 31, 2017




Hari tu kan, Kak Noor adalah ternampak satu resepi untuk membuat dorayaki. Dari apa yang Kak Noor tengok, eh takde lah susah mana pun. So, fikir punya fikir lastly Kak Noor nekad untuk cuba sendiri mengikut apa yang tertera di dalam resepi tu.

Foto Nooriha Hazemi.
Ini resepinya.

Foto Nooriha Hazemi.
Kak Noor pun mulalah siapkan bahan-bahan yang di perlukan. Excited betul ni nak start! Kak Noor ikut step macam di gambar resepi tu one by one dengan betul.

Dan hasilnya memang mabeles sungguh! Tak sangka jadi dengan berjaya sekali. Macam pro pulak :D

Foto Nooriha Hazemi. 
Betul tak apa Kak Noor cakap. Memang menjadi betul kan?

Foto Nooriha Hazemi.
Kak Noor lapisi dengan coklat sebagai lapisan tengahnya. Kalau nak ikutkan perasa apa pun boleh.

Foto Nooriha Hazemi. 
Yummy yummy!!
Serius sedap!!
dan yang paling penting gebu dan lembut

- SELAMAT MENCUBA -

Resepi

LAKSA KUALA

July 31, 2017

Laksa adalah saalah satu makanan favourite Kak Noor. Tambah-tambah lagi kalau laksa kuala. Percaya atau tidak Kak Noor lebih suka masak sendiri Bukan hanya masak kuahnya je tau tapi masak dengan laksanya sekali.

Sekali dengar macam payah je rasanya kan? Tapi hakikatnya mudah je nak buat laksa ni. Boleh lihat bahan-bahan dan ikut cara-cara yang Kak Noor sharekan kat sini. InshaaAllah mesti jadi!


Foto Nooriha Hazemi. Foto Nooriha Hazemi.
RESEPI LAKSA☆
●2cwn tpung gandum
●3/4cwn tepung Beras
●sedikit garam
●Air panas setengah cawan
●Air sejuk setengah cawan

Uli sampai jadi doh...masukkan adunan dlm acuan maruku...didihkn air untuk merebus......siap!
Ketepikan dulu laksa tu meh kita buat kuahnya pula.

Foto Nooriha Hazemi. Foto Nooriha Hazemi. Foto Nooriha Hazemi. 

☆ RESEPI KUAH LAKSA
●Bawg merah.4biji
●Cili kering segenggam
●Belacan sedikit(blanderkn)

Tumis semua bahan-bahan yang telah di kisar dalam kuali sampai naik minyak.
Kemudian terus masukkan daun kesum dan bunga kantan.

  Ikan rebus macam biasa..kalau ada noxxa pakai tau, jangan hanya di simpan dalam kotak jer...hihihi...senang pakai noxxa HPkn 60minit...tulang pun hancur....terus blanderkan sekali tulang2.....

Kalau pakai periuk biasa kena lah rebus dan asingkan tulang dengan isi.. Kerja ni memang remeh sikit.


Masa rebus masukkan asam keping.. pastu sekalikan rebusan ikan dengan bahan yang di tumis tadi..

Perasakan dengan garam. Ikut suka hati lah.. Nak masin lebih ke.. kemudian biarkan sehingga mendidih....

Last sekali apa lagi... ngap ler!! :D

Foto Nooriha Hazemi.
Sedap di makan dengan telur goreng

Foto Nooriha Hazemi.
- SELAMAT MENCUBA -