FLASH SALE ! TERHAD 100PCS TUALA SAHAJA !!

September 20, 2017

FLASH SALE ! TERHAD 100PCS TUALA SAHAJA !!

Bismillahhirrahmannirrahhim,
Haaii semua sempena awal muharam nie kaknoor adakan FLASH SALE! untukk Sulaman Tuala Pakej B..
.
.
Promosiii bermula seawal pukul 8 pagi 21 Sept 2017 sehingga 8pagi 23 Sept 2017, 48 jam jer uuuaaall..korang kena cepatt tau sebabb cukup 100 unit kaknoor closed orderr yer !!! seorang bolehh wat tempahan 3pcs jer tawww !
(kasi peluang la orang lain na beli jugakk! ) hihihihi..
.
.
.
Pakej B tu ape kaknoor???
ok, kaknoor storry cikit kat korang pasal pakej B nie adalah Sulaman nama + icon comel(rujuk gambar) + tuala,
harrgaaa biasa RMM30.00 tapi sempena FLASH SALE nie hanyaaa serendah RM19.90 per pcs, amboiii murahh beno....
album gambar pakej B lik link niee >>>>http://bit.ly/2hMb7Pe
.
Ape lagi jomm la grab sehelai dua untuk simanje tersayang, untuuk anakk buahhh, anakk jiran dan sape2 lagi la yangg ada kena mengena ! kahkahkah..
time nie la nakk bagi hadiah kat orang...murahh sangatt nie !!
.
.
Berminat la kaknoor, macam mana naakkk wat tempahan ni??
Komenn 'SayaSuka'
@ Sila klik link nie terus ke wassap Kaknoor taw! >>>>>
www.wasap.my/60124781909/tualaFS
SHARE & TAGkawann2 nyer!

Nota Harian

Yeah Dari Blogspot ke .com !

September 15, 2017


Alhamdulllillah syukurnye rasa walaupun hanya tukar dari blogspot ke sulamancomel.com jer pun kaknoor tetap syukur sebab ini antara wishlist yang kaknoor nak buat pada 2017 !

Jutaan TQ kat sahabat maya kaknoor sis awa sbb merealisasikan(amboi ayat macam tak boleh bla)kahkahkah, impian nie! Seronok taw dapat kenal dengan sis awa ini , kalau bab memudahkan urusan orang dia la orgnya.syukur ALLAH temukn dengan orang yang baik2.Anugerah jugak tu !

Sis Awa bukan jer  tolong designkan blog untuk kaknoor ni malah dialah yang tolong ajar kaknoor cara-cara untuk perkenalkan blog kaknoor ni pada umum. Dia juga yang selalu bagi tips itu ini apa perlu kaknoor buat untuk majukan lagi nama bisnes kaknoor melalui blog.

Kaknoor ni manalah pandai bab blog sebelum ni. Kalau suruh kaknoor wat sulaman bolehlah. Kaknoor tak tahu langsung bila orang cakap bab SEO, bab trafik, bab apa sajalah tentang blog ni. Sungguh kaknoor belum pandai lagi.

Tapi kan lepas kaknoor follow apa yang sis awa sarankan, kaknoor jadi makin happy dengan blog ni. Makin kaknoor happy bila nama SULAMAN COMEL KAK NOOR muncul di carian Google.




Bukan KakNoor nak riak ye tapi syukur alhamdulillah pesanan yang di terima tak pernah putus-putus sampaikan sekarang ni KakNoor tak cukup kaki dan tangan. Baru KakNoor tahu betapa hebatnya kuasa marketing dalam dunia internet ni.

Pada yang sedang berniaga online macam KakNoor ni, nasihat KakNoor ada baiknya korang buat sebuah blog macam KakNoor. Kalau tak tahu cara nak cantikkan blog , korang contact Sis Awa sebabnya dia memang aktif terima tempahan untuk makeover blog orang. Hasil kerja dia pun ramai yang puji

Pada yeng berminat untuk berkerja dengan KakNoor handle hal-hal sulaman bolehlah contact KakNoor dengan segera ya. Seriously KakNoor betul-betul perlukan pekerja sekarang ni.

Lepas ini kaknoor nak lebih fokus kat blog dan page FB jer! Korang tolong Doakan kaknoor terus success yer dunia dan akhirat.Aamin !

KEPUTUSAN CONTEST MERDEKA ! TAHNIAH PADA PEMENANG !

September 06, 2017


Assalamualaikum semua... 

1st of all kaknoor nak ucapkan thanks yang teramat sangat coz sudi menerima kaknoor sebagai salah sorang blogger di antara kalian. Honestly, terharu sngat kat hati ni bila contest pertama yang kaknoor anjurkan ni mendapat sambutan yg tersangatlah hot!

Suprise plak kak noor tau bila lihat sambutan begini. Makin happy bila misi utama kaknoor untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang lain hampir menjadi terlaksana. Syok plak tengok jumlah followers meningkat. Harap-harap lepas ni akan meningkat lagi lah.. bukannya apa, makin ramai yang follow blog ni bermakna makin excitedlah kaknoor untuk anjurkan lebih banyak lagi contest di depan hari. Soal hadiah dont worry, kaknoor memang nak sangat kasi produk-produk keluaran comel kaknoor ni dari masa ke semasa dengan hati yang cukup ikhlas.. :D

Sebelum tu, kaknoor minta maaf sangat-sangat sebab terlambat beberapa hari untuk umumkan pemenang ni. Yelah, kita semua kan baru lepas cuti raya dan merdeka baru-baru ni. Lagipun sekarang ni kaknoor tengah tak cukup kakitangan tau! 

Lepas je kaknoor terbitkan blog ni dengan bantuan blogger Sis Hawa (dialah orangnya yang design blog ni, dia juga yang beri tips cara nak naikkan blog ni dan dia juga yang bantu kaknoor anjurkan contest ni), tempahan yang datang tak pernah lagi putus-putus sampai ke hari ini. Bukannya kaknoor cerita sebab nak cakap besar tapi memang betul lah bila Sis Hawa cakap yang beriklan pakai blog ni amatlah bagus sekali. 

Di sebabkan tu, kaknoor sekarang ni tengah mulakan misi untuk dapatkan seorang pekerja baru buat bantu kaknoor handle semua tempahan yang banyak ni. Ada ke yang berminat untuk berkerja dalam bidang sulaman ni dengan kaknoor ye? Kalau ada boleh hubungi kaknoor, lagi cepat lagi bagus.... 

ADA KE SESIAPA YANG BERMINAT NAK KERJA DENGAN KAKNOOR ??

Dah banyak pula kaknoor berceloteh kan? Ala sekali sekala apa salahnya, tak gitu kawan-kawan? Lepas ni InshaaAllah kaknoor akan cuba luangkan masa untuk berceloteh selalu kat sini sambil-sambil beri promosi dan hadiah yang lebih best lagi! Make sure follow blog dan FB kaknoor kalau tak nak terlepas peluang.

Okaylah jom kita tengok siapakah pemenang yang telah berjaya di dalam contest ini....




Klik >> SINI << untuk lihat senarai peserta.... dan jika andalah orangnya di antara tiga pemenang yang di cari, segera hubungi kaknoor melalui whatsapp di 0124781909 untuk menuntut hadiah-hadiah terbabit ye... 

Pada yang tak berjaya tu, jangan sedih-sedih okay... Macam yang kaknoor dah cakap dari tadi, akan ada lebih banyak lagi contest lepas ni yang akan kaknoor anjurkan dari masa ke semasa... korang tunggu jer..

TERIMA KASIH SEMUA.... SALAM SAYANG... KAKNOOR!!