KEPUTUSAN CONTEST MERDEKA ! TAHNIAH PADA PEMENANG !

September 06, 2017


Assalamualaikum semua... 

1st of all kaknoor nak ucapkan thanks yang teramat sangat coz sudi menerima kaknoor sebagai salah sorang blogger di antara kalian. Honestly, terharu sngat kat hati ni bila contest pertama yang kaknoor anjurkan ni mendapat sambutan yg tersangatlah hot!

Suprise plak kak noor tau bila lihat sambutan begini. Makin happy bila misi utama kaknoor untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang lain hampir menjadi terlaksana. Syok plak tengok jumlah followers meningkat. Harap-harap lepas ni akan meningkat lagi lah.. bukannya apa, makin ramai yang follow blog ni bermakna makin excitedlah kaknoor untuk anjurkan lebih banyak lagi contest di depan hari. Soal hadiah dont worry, kaknoor memang nak sangat kasi produk-produk keluaran comel kaknoor ni dari masa ke semasa dengan hati yang cukup ikhlas.. :D

Sebelum tu, kaknoor minta maaf sangat-sangat sebab terlambat beberapa hari untuk umumkan pemenang ni. Yelah, kita semua kan baru lepas cuti raya dan merdeka baru-baru ni. Lagipun sekarang ni kaknoor tengah tak cukup kakitangan tau! 

Lepas je kaknoor terbitkan blog ni dengan bantuan blogger Sis Hawa (dialah orangnya yang design blog ni, dia juga yang beri tips cara nak naikkan blog ni dan dia juga yang bantu kaknoor anjurkan contest ni), tempahan yang datang tak pernah lagi putus-putus sampai ke hari ini. Bukannya kaknoor cerita sebab nak cakap besar tapi memang betul lah bila Sis Hawa cakap yang beriklan pakai blog ni amatlah bagus sekali. 

Di sebabkan tu, kaknoor sekarang ni tengah mulakan misi untuk dapatkan seorang pekerja baru buat bantu kaknoor handle semua tempahan yang banyak ni. Ada ke yang berminat untuk berkerja dalam bidang sulaman ni dengan kaknoor ye? Kalau ada boleh hubungi kaknoor, lagi cepat lagi bagus.... 

ADA KE SESIAPA YANG BERMINAT NAK KERJA DENGAN KAKNOOR ??

Dah banyak pula kaknoor berceloteh kan? Ala sekali sekala apa salahnya, tak gitu kawan-kawan? Lepas ni InshaaAllah kaknoor akan cuba luangkan masa untuk berceloteh selalu kat sini sambil-sambil beri promosi dan hadiah yang lebih best lagi! Make sure follow blog dan FB kaknoor kalau tak nak terlepas peluang.

Okaylah jom kita tengok siapakah pemenang yang telah berjaya di dalam contest ini....

video



Klik >> SINI << untuk lihat senarai peserta.... dan jika andalah orangnya di antara tiga pemenang yang di cari, segera hubungi kaknoor melalui whatsapp di 0124781909 untuk menuntut hadiah-hadiah terbabit ye... 

Pada yang tak berjaya tu, jangan sedih-sedih okay... Macam yang kaknoor dah cakap dari tadi, akan ada lebih banyak lagi contest lepas ni yang akan kaknoor anjurkan dari masa ke semasa... korang tunggu jer..

TERIMA KASIH SEMUA.... SALAM SAYANG... KAKNOOR!!

You Might Also Like

11 comments

  1. Tahniah pada semua pemenang... tak sabar nak tunggu next contest :D

    ReplyDelete
  2. Alamak line tak berapa bagus la. Tak dapat nak view.

    ReplyDelete
  3. Huhuhu number sy kecik sgt... Takda rezeki Kali ni..

    ReplyDelete
  4. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ...

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada semua pemenang.....

    ReplyDelete